Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dijemput semua penduduk sekitar Felda Raja Alias Tiga yang prihatin dan cintakan keamanan untuk hadir dalam MAJLIS TAHLIL DAN TAHLIL UNTUK PEMIMPIN DAN PERWIRA NEGARA pada 07/03/13 (Khamis) jam 7.00 malam di Surau Felda Raja Alias Tiga.

Ini bagi memperingati wira negara yang terkorban dan berdoa kepada ALLAH SWT agar anggota keselamatan kita yang sedang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu khususnya dan Sabah amnya diberi perlindungan dan kejayaan oleh Yang Maha Esa.

Begitu juga bagi rakyat Malaysia yang berada di sekitar Kuala Lumpur, boleh juga hadir dalam MAJLIS TAHLIL DAN SOLAT HAJAT pada 04/03/13 (Isnin) jam 7.00 malam di Surau Al-Rahman, PWTC Kuala Lumpur.

Kita sebagai rakyat mungkin tidak mampu mengangkat senjata tetapi iringan doa kita mampu memberi kekuatan kepada anggota keselamatan di perbatasan. Ayuh Umat Islam!!! [KREDIT]