Pendakwah Terkemuka Dunia Tegur Rakyat Malaysia Yang Tidak Tahu Bersyukur

Sheikh Waleed Abdulhakeem menegur rakyat Malaysia yang tidak tahu bersyukur. Di dalam komen beliau di laman sosial, beliau menegur seorang rakyat Malaysia yang secara terang menyatakan beliau membenci kerajaan Malaysia.

Shaykh Waleed turut menyatakan dari sumber United Nation (UN), tiada kerajaan di dalam dunia ini yang sempurna. Jika dibandingkan negara di Amerika Selatan, Afrika, Asia Tengah, TImur Tengah atau Timur Eropah, Malaysia adalah jauh lebih makmur dan telah banyak sumbangan kerajaan kepada negara jika dilihat dari tahun 1981 sehingga sekarang. Menariknya, jumlah negara yang Shaykh Waleed senaraikan tadi sudah melebihi 80% negara di dalam dunia.

Shaykh Waleed Abdulhakeem mendokan Malaysia semoga dirahmati Allah dan diberikan ganjaran diatas usaha pemerintah memakmurkan negara ini. Shaykh juga turut mendoakan keampunan di atas segala kekurangan pemimpin dan negara kita.
Klik - Untuk Imej

Siapakah Shaykh Waleed Abdulhakeem?
Shaykh Waleed mempunyai 2 B.A dalam mata bidang Matematik, Penyelidikan Statistik, dengan minor dalam Sains Seni Bina, Masters degree di dalam Personal Development Training, juga pelatih dan pengajar Microsoft yang bertauliah. Beliau juga mempelajari Sains Islam dari banyak institusi termasuk Universiti Raja Saud, Al-Forqaan Akademi, dan Almajd Akademi Islam. Dia sedang belajar Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah dalam Pengajian Islam dari Al-Madinah International University, dengan pengkhususan dalam Fiqh hadith.

Selain itu beliau sangat kaya dengan pengalaman merantau di negara orang dan negara sendiri di mana beliau mampu membezakan kelebihan dan kekurangan di setiap negara tersebut. Telah direkodkan bahawa beliau sekurang-kurangnya beliau telah merantau ke 100 bandar raya di semua 5 benua.

Shaykh Waleed juga turut menyatakan di dalam komennya di laman sosial bahawa sehingga kini beliau telah merantau ke 71 negara dan 33 negeri di Amerika Syarikat dan jika beliau perlu memiliah, beliau tidak akan memilih negara selain Malaysia. MasyaAllah.

Betapa untungnya rakyat Malaysia dipuji sebegini rupa. Bersyukurlah. SUMBER

10 comments:

Anonymous said...

Akhirnya..Ada jugak orang yang faham betapa susah kerajaan bantu rakyatnya tapi rakyat sendiri pun tak reti nak menghargai.

Noor Faizal NoorMal said...

Alhamdullillah negara ni aman damai

Anonymous said...

Mana ahli2 yg lain..yg selalu bangkang..cuba komen skit..

Zaidi Tilam said...

Jika kita tak jauh perjalanan maka tak luaslah pengalaman... seperti katak di bawah tempurung, buruk-buruk ptjn tempurung itu di situlah tempat ia berlindung dari hujan dan panas serta bahaya haiwan pemangsa...

afz said...

ye,sy aware dgn ape yg kerajaan dh buat utk negara n rakyat..namun alangkah lebih baik jika penambahbaikan dibuat dgn langkah2 yg lebih telus n tulus dilaksanakan spt belanjawan kerajaan lebih diperhalusi spy ketirisan dpt dikurangkan,pembayaran rolyalti minyak kpd kerajaan negeri kelantan,kuasa supply dan kawal tarif elektrik diberi sepenuhnya kepada TNB bkn pemegang IPP swasta,kadar tol utk sesetengah konsesi lebuhraya diturunkan memandangkan ade konsesi yg sudah mendapat pulangan modal dan sedang membuat keuntungan dan etc..tuan2 tidak mahukah penambahbaikan?

Anonymous said...

Alhamdulillah...syukron Shaykh Waleed...x dinafikan..kerajaan m'sia tidak mengabaikan rakyatnya...prihatin dan berusaha mengekalkan keamanan. saya cintakan keamanan... dan nk tanya apa erti keamanan? bebas kesana kesini?...blh makan apa nk makan?. bebas bersuara? bebas pergi disco?Tp Amankah hati kita kalau setiap hari terjumpa bayi2 dlm tong sampah...setiap hari ada kes rogol..meragut..dadah..gejala sosial..pakaian x tau nk beza islam ke x. SAYA sebagai seorang ISLAM (bkn parti)...sudah pasti inginkan undang2 yg dijaminkan Allah jalan penyelesaiannya. Allah mencipta manusia..Allah juga mencipta penyelesaian masalah bg manusia..Undang2 Allah bkn menghukum tp mencegah...kita nampak undang2 islam itu kejam...tp kita x perasan undang2 barat lg kejam..kita nampak kena potong tangan je...tp sedarkah kita untuk mensabitkan hukuman potong tangan itu ckup susah.Sokonglah usaha org yg mahukan mensyariatkan undang2 islam...org bkn islam yg menentang kita x hairan...tp org islam yg menentang dimanakah aqidah kita...kita kena ingat...setiap org tu adalah pemimpin dan bertanggungjwb atas apa yg dipimpin..setakat mana kita x redha dgn apa yg berlaku hari ini..Allah selamatkanlah malaysia...aman damaikanlah Malaysia

Anonymous said...

Mengapa mengambil bulat-bulat pandangan dr org yg tak duduk di Malaysia. Rakyat malaysia lebih tau keadaan dlm negara. Pandangan org luar cuma nampak kulit saja sedangkan di dlm busuk sampai ke akar umbi

taricaklempong said...

Sedih la pandangan kamu..

Anonymous said...

Org tu dh merantau bnyk tmpt dan nampak bnyk perbezaan antara negara. Sbb tu pandangan dia relevan.again. pandangan ko mmg menyedihkn.

Anonymous said...

Mengàpa Allah jadi orang bodo macm kamu