Cape Town: Seorang menteri kanan Afrika Selatan dibenarkan bercerai dengan isterinya selepas melalui perbicaraan selama empat tahun yang menyaksikan dia mendakwa menjadi mangsa sihir wanita terbabit.

Akhbar tempatan Sunday Times melaporkan, menteri yang dirahsiakan identitinya itu mengaku ada pihak ketiga wujud dalam masalah rumah tangga mereka.

Menteri itu juga mendakwa bekas isterinya mengamalkan sihir di rumah mereka. Wanita itu, kata afidavit dikemukakan menteri berkenaan, bertindak mahu memudaratkannya menggunakan ‘bahan tidak diketahui’ yang dimasukkan ke makanan serta minumannya. Perbuatan wanita itu didedahkan seorang daripada pembantu rumah menteri terbabit.

Bagaimanapun, bekas isteri itu menafikan tuduhan berkenaan, malah mendakwa adik menteri itu sendiri seorang bomoh. - Agensi

1 comments:

SentiasaPanas said...

Ingatkan di Malaysia je benda gini boleh berlaku..huhu