Istilah `Amuk' tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia kecuali dunia Melayu. Orang Ingggeris juga menumpang menggunakan istilah 'amuk' kerana miskinnya kosakata dalam bahasa itu. Amuk biasanya dikaitkan satu tindakan mendadak yang diluar kawalan. Biasanya diakhiri dengan tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Walau bagaimanapun, amuk Melayu bersifat setempat dan tersendiri. Tidak berorganisasi. Tindakan spontan. Tiada sempat hendak dirancang. Tahu-tahu meletup sahaja.

Banyak lagenda amuk Melayu. Antaranya Hang Jebat dan Laksamana Bentan. Prebet Adam. 13 Mei juga dikatakan akibat daripada amukan Melayu.

Revolusi? Lagi jauh daripada perut orang Melayu. Tidak pernah wujud revolusi dalam sepanjang sejarah orang Melayu wujud di muka Bumi.

Melayu berubah memakan masa. Bagai batu yang melekuk dari titis air atap nipah. Bakarlah sentimen agama ataupun perkauman dalam jiwa orang Melayu. Kemuncaknya adalah amuk. Bukan revolusi. Bukan reformasi.

0 comments: