Sejarah politik Sarawak membuktikan DAP bijak mengambil segala kesempatan yang ada dalam mempengaruhi arah sokongan pengundi terutama di kawasan bandar.

Sejumlah 12 kerusi DUN yang dimenangi betul-betul terletak dikawasan yang tidak perlu dibangunkan oleh DAP sendiri; kesemuanya dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Bandar Kuching sememangnya sudah, sedang atau sentiasa akan dibangunkan oleh kerajaan BN. Jika dilihat dari segi jumlah projek pembangunan sejak 10 atau 20 tahun lepas, melalui pelbagai Rancangan Malaysia pertama hinggalah sekarang, tiada satu sen pun menggunakan wang ringgit DAP.

Jika kita tinjau keadaan pembangunan di kawasan DUN Padungan, Pending, Kota Sentosa dan Batu Kawa semuanya megah dengan bangunan serta fasiliti lengkap hasil dari peruntukan kerajaan BN.

Dari sekecil-kecil projek, hinggalah projek mega, semuanya tidak menggunakan wang peruntukan DAP.
Namun penyokong DAP sering menggunakan kesempatan itu dengan menuntut kononnya semua pembangunan tersebut adalah hasil usaha wakil rakyat mereka.

Setiap kali program ceramah anjuran DAP, sedikit pun tidak ada menyentuh berkenaan hasil pembangunan yang telah diusahakan DAP di Sarawak. Sebaliknya jentera DAP hanya membangkitkan isu-isu Nasional yang tidak kena-mengena dengan rakyat Sarawak.

Selain itu, keputusan untuk menjadikan Miri sebagai sebuah bandaraya bukanlah atas kuasa dan sudah pastinya bukan hasil usaha DAP.

DUN Piasau dan Pujut realitinya telah pun membangun hasil usaha wang peruntukan kerajaan BN. DAP hanyalah bermegah sebagai wakil rakyat yang sentiasa memburuk-buruk usaha kerajaan BN.

Di Bintulu pula, jika tidak kerana persetujuan kerajaan pusat dan Negeri Sarawak menjadikannya sebuah bandar minyak, mana mungkin DUN Kidurong boleh membangun pesat seperti sekarang.

Sama juga di Sibu, tada satu parit atau longkang dibuat oleh DAP di DUN Bukit Assek; semuanya dibangunkan dengan peruntukan dari kerajaan BN.

Tanam kebencian
DAP Sarawak sering menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan BN, walhal di Sarawak, terutama di kawasan kerusi DUN, DAP hanya menumpang nama sebagai wakil rakyat.

Satu contoh terkini, kejayaan Ketua Menteri Sarawak mengotakan janjinya untuk menghapuskan tol di Miri, Sibu dan Kuching. DAP Sarawak sekali lagi berjaya menipu rakyat dengan menuntut bahawa usaha penghapusan tol di Sarawak adalah hasil usaha mereka.

Jika dilihat dari segi logik akal, apa kuasa DAP sehingga mampu melakukan penghapusan tol di Sarawak? Adakah DAP merupakan sebuah kerajaan di Sarawak? Adakah pengundi serta penyokong DAP tidak sedar ataupun seronok ditipu jentera DAP?

Agaknya sampai bila pengundi terus diperalatkan DAP?

Kredit

0 comments: